Tak patriotik jika belanjawan untuk MKN & NADMA ditolak pembangkang.

Antara semangat patriotik dan prinsip politik kepartian, belanjawan untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan NADMA di bawah Jabatan Perdana Menteri begitu penting bagi usaha-usaha kerajaan menanggani wabak Covid-19. Persoalannya, apakah tergamak blok pembangkang menolak belanjawan tersebut semata-mata prinsip politik kepartian? ‘Pertempuran Politik’ wajar digantung seketika atau tempoh bertenang agar suatu kematangan demokrasi (yang disebut oleh politikus sebagai berjiwa besar) boleh dicapai atas semangat patriotik untuk bersama melawan dan menanggani wabak Covid-19. Sekiranya blok pembangkang tekad mahu meneruskan prinsip politik kepartian, maka malang bakal menimpa kepada ribuan frontliner Covid-19 yang terdiri daripada kakitangan… Read More

95 pembangkang cuba gagalkan bajet hal ehwal Islam

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Blok pembangkang Pakatan Harapan dan sekutunya telah gagal dalam percubaan mereka untuk menggagalkan kelulusan bajet untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam yang diletakkan di dalam bajet untuk Jabatan Perdana Menteri. Undian untuk meluluskan bajet Jabatan Perdana Menteri semalam hanya mendapat 105 undi, manakala 95 menolaknya dan 20 ahli Dewan Rakyat tidak hadir. Keputusan 95 ahli pembangkang untuk menolak bajet ini jelas menunjukkan mereka menolak bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Penolakan pembangkang terhadap bajet perbekalan untuk Jabatan Perdana Menteri semalam sekaligus menolak peruntukan RM1.4 billion… Read More

PH gagal lagi, dua belanjawan peringkat jawatankuasa diluluskan

Angka 13 terus menerus menjadi nombor puaka kepada blok pembangkang khususnya PH. Khamis lepas sesudah tamat sesi penggulungan RRU Perbekalan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, undian belah bahagi telah diminta oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena-PH). Namun cadangan itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat kerana tidak cukup syarat minima sokongan 15 MP. Hanya 13 MP iaitu enam daripada Amanah, Pejuang (4), PKR (1), PSB (1) dan DAP (1). Mereka ini cukup berprinsip berbanding Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng. Jelas sekali kenyataan rasmi Anwar yang menyatakan beliau sendiri meminta ketua-ketua whip… Read More

Teori Kamal Hatta: Pembangkang bertempur sesama sendiri!

Gebang macai-macai PH minggu lepas macam nak runtuh langit over confident yang Anwar Ibrahim bakal naik ganti Muhyiddin Yassin melalui gerakan gagalkan Belanjawan 2021. Gigih kau orang hentak hal RM10K KWSP, sekarang kerajaan buat pembaikan proses. Meloponglah macai-macai PH nak cari naratif lain balun Perikatan Nasional. Rakyat akan tolak kau orang. Lawak politik muncul semula. Ada pentaksub Anwar kata sebab-sebab Anwar beri isyarat saat akhir supaya jangan berlaku undian belah bahagi semalam. Konon itu ‘kebijaksanaan’ Anwar supaya dia tak dilihat bersama Mahathir. Retorik politik sial muncul lagi. Berapa kali kau orang nak… Read More