Keberkesanan vaksin Sinovac, Pfizer sama – Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Keberkesanan vaksin Sinovac dari China adalah sama dengan vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat (AS) dalam melawan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dibuktikan dengan data perubatan yang menunjukkan keberkesanan vaksin Sinovac dalam penggunaan secara praktikal. “Data membuktikan, tidak ada banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaannya. “Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit teruk dan dimasukkan ke hospital, namun kurang berkesan terhadap gejala ringan atau tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. Beliau berkongsi laporan Jurnal Perubatan New England yang diterbitkan… Read More