Demokrasi Malaysia Kian Dinamik, Tiada Parti Dominan

Usaha permuafakatan antara tiga parti dominasi Melayu iaitu Bersatu, Pas dan Umno mengukuhkan kerjasama politik dilihat sebagai suatu usaha strategik memusatkan sejumlah sokongan majoriti rakyat. Umno walaupun memperlihatkan ‘keegoan’ sebagai ‘big brother’ melalui beberapa kenyataan pemuka-pemuka akar umbi dan sayap, hakikatnya kelompok ‘high table’ Umno menyedari parti ini bukan lagi mendominasi lapangan politik berikutan anjakan radikal politik melalui PRU-14 lepas. Umno sendiri semasa PRU-14 hanya memenangi 57 kerusi parlimen, hilang 32 kerusi parlimen yang pernah dimenangi semasa PRU-13 pada tahun 2013 dulu. Jumlah itu jauh untuk mencapai angka sepertiga iaitu 74 daripada… Read More

Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More

Rencana |Bersatu Tonjolkan Dinamik Politik

Hari ini, 8 September 2020 genap empat tahun kewujudan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Politik Malaysia kini sangat dinamik, berbeza era terdahulu kerana dominasi Umno telah ‘membeku’ dinamika tersebut. Ia bermaksud keanjalan politik tanahair melalui anjakan pantas tidak mungkin terjadi era dominasi Umno kerana sebarang perubahan drastik siasah akan menggugat kelangsungan Umno sebagai ‘kuasa mutlak’ di Malaysia. Dulu, tarikh 8 Mac 2008 dianggap ‘titik majis’ politik Malaysia atas kejayaan blok pembangkang menafikan penguasaan dua pertiga Barisan Nasional (BN). Dua peristiwa besar politik terjadi penggal ke-12 iaitu kudeta kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan… Read More