Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus

Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan. “Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan ia akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan… Read More

Muhyiddin akan umum diskaun 3 bulan bil elektrik bersasar

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung serta Sabah mulai bulan depan hingga September ini. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah berkata, kadar potongan itu akan diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Katanya, ia adalah tambahan kepada pengekalan tarif elektrik untuk semua pengguna domestik dan industri di Semenanjung serta Sabah, selain rebat sebanyak 2 sen/kWj bagi semua pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga akhir tahun ini. Beliau berkata, pemberian rebat tambahan dua sen itu membabitkan peruntukan berjumlah RM493 juta melalui… Read More