Gerakan sertai Perikatan Nasional

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi menganggotai Perikatan Nasional (PN). Perkara itu disahkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada Khamis. “Gerakan secara rasmi menerima surat keanggotaan PN daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini,” katanya.