PeKT Kapar Rai 200 Keluarga Sempena Deepavali.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Parlimen Kapar dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Sementa hari ini meraikan seramai 200 keluarga dalam program Jom Shopping Deepavali Dun Sementa 2020. Pengerusinya merangkap Naib Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Kapar, Saudara Anbu Mani bersama pasukannya telah berjaya mengenalpasti seramai 200 keluarga penerima yang layak untuk diberikan baucar bernilai RM100 bagi membeli keperluan masing-masing menjelang perayaan Deepavali yang bakal disambut tidak lama lagi. Mereka yang terpilih adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu di bawah RM2000 sebulan. Dalam program yang diadakan di Pasaraya Econsave Jalan Hamzah… Read More

Komuniti | Menyantuni Aktivis Masyarakat Yang Keuzuran

Bandar Rincing, 22 Julai: Hari ini, Adun Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi bersama Penggerak Komuniti Negara Selangor menziarahi bekas Ketua Cabang Hulu Langat, Puvinendran a/l Munusamy di kediaman beliau di Bandar Rincing, Semenyih. Puvinendran merupakan aktivis masyarakat di Hulu Langat mengalami sakit stroke. Wakil YBM Hajah Zuraida Kamaruddin dan PKN Selangor turut memberi sumbangan kepada Puvinendran yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PKN Selangor, Haji Mohamad Fauzi Ahmad. _PPI

Komuniti | Wujudkan ‘ERT’ untuk menangani bencana alam.

NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Bangi telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan ‘Emergency Response Team‘ atau singkatannya ERT. Berikutan kekerapan kejadian banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan seperti Sungai Sekamat, Sungai Jerneh, Taman Delima dan Sr Langat, kewujudan pasukan sukarelawan ini akan berperanan membantu kawasan-kawasan yang berlaku bencana. Menurut Pengerusi PKN Bangi, Dr Shatishkumar, ERT akan bekerjasama dengan sukarelawan, persatuan penduduk dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Beliau pagi tadi hadir dalam majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir dan wakil-wakil penduduk-penduduk kawasan sekitar Sungai Sekamat yang turut dihadiri oleh Ketua Nation Of Women… Read More

Kosongkan DUN Sementa untuk Anwar atau Rafizi?

Pemuda Negara Kapar terkesima dengan pandangan Datuk Seri Amirudin Shari supaya Dr Daroyah Alwi meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa ekoran keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ameer Asshafif yang mempersoalkan cadangan tersebut bertanya, adakah saranan Menteri Besar Selangor itu bertujuan untuk menyediakan kerusi DUN Sementa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli. ”Ini kerana, kami yakin kepimpinan dan akar umbi PKR masih melihat YAB Amirudin Shari sebagai ‘kartel Azmin’. Datuk Seri Amirudin Shari in’ yang hanya ‘berlakon setia’ semata-mata untuk mengekalkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor…. Read More