Rencana |PRN Sabah penentu kelangsungan politik Shafie Afdal

Selepas anjakan luarbiasa politik tanahair yang berlaku dalam PRU-14 9 Mei 2018, Sabah menjadi negeri yang berada dalam ‘darjah kehangatan’ politik sesudah PH ditumbangkan pada 29 Febuari lalu. Kesan perubahan drastik politik nasional pada 29 Febuari 2020, beberapa kerajaan negeri yang diperintah oleh PH turut tumbang dan bertukar tampuk kuasa oleh Perikatan Nasional di Perak, Johor, Melaka, Perak dan Kedah. PH masih bertahan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tekanan luarbiasa turut dilalui oleh pemerintah kerajaan negeri Sabah, Parti Warisan Sabah bersama sekutunya UPKO dan PH yang secara hakikatnya telah dirampas… Read More

Berita Ringkas |Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Tinggi tolak permohonan 33 wakil rakyat

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Penetapan berkenaan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim selepas sesi prosiding di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan, di sini.

Video |17 Ogos 2020 Penentuan DUN Sabah Boleh Diadili

Sumber dari Bernama

17 Ogos untuk putuskan sama ada pembubaran DUN Sabah boleh diadili

07/08/2020 02:43 PM KOTA KINABALU, 7 Ogos  — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.  Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah.  Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata… Read More