DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat – Speaker

KUCHING: Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan. Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam kenyataannya hari ini berkata, notis lanjutan itu telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi emel hari ini. Jelas Asfia, dalam notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak. “Namun demikian, disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada… Read More

Pembubaran DUN Sarawak tidak berlaku 6 Jun

KUALA LUMPUR – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan berlaku pada 6 Jun depan. Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana kerajaan Sarawak masih lagi tertakluk kepada ordinan darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan. “Orang buat tanggapan bahawa DUN secara automatik akan terbubar pada 6 Jun ini tetapi sebenarnya tidak akan berlaku. “Pengisytiharan darurat telah menggantungkan perlembagaan Malaysia dan juga semua negeri termasuk Sarawak. Kalau darurat tidak dibubar, maknanya perlembagaan dalam penggal ini masih tergantung,” katanya pada sidang akhbar Majlis… Read More