Info PBT: Majlis Perbandaran Dungun catat markah tertinggi Sistem Penarafan Bintang PBT

Majlis Perbandaran Dungun tersenarai antara 10 PBT yang mendapat markah tertinggi bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. MPD merupakan antara daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD wujud dengan penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka. Awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi. Pada… Read More

PKPB di beberapa mukim bermula 6 November

Majlis Keselamatan Negara telah memaklumkan langkah pelaksanaan PKPB bermula 6 November ini hingga 19 November di 12 mukim dalam Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. PKPB turut dilaksanakan bermula 7 November hingga 20 November di mukim Parit Buntar dalam Daerah Kerian, Perak, mukim Jimah (Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan) dan mukim Rasau (Daerah Dungun, Terengganu.