Polis tumpas sindiket penipuan e-dagang, 10 ditahan

PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan e-dagang hasil serbuan di Lembah Klang, Perak, Kedah dan Kelantan, serta menahan 10 orang termasuk empat wanita, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek yang ditahan berusia 21 hingga 52 tahun. Mereka terdiri daripada empat pemilik akaun bank manakala selebihnya pemilik alamat Internet Protocol (IP) yang digunakan untuk melakukan kegiatan itu. “Siasatan mendapati modus operandi sindiket ialah mengiklankan barangan melalui platform e-dagang dan menghubungi pembeli yang berminat sebelum diarahkan untuk berurusan secara terus dengan suspek. “Namun barang… Read More

FINAS buka peluang artis, kru teroka e-dagang

KUALA LUMPUR: Berteraskan objektif memperkasakan ekonomi penggiat seni, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merintis jalan membuka peluang perniagaan melalui platform e-dagang kepada kru dan artis, dalam mendepani cabaran era pandemik COVID-19. Kolaborasi antara FINAS dan Koperasi Al Najah yang dimeterai pada 8 April lalu, menyaksikan 30 anak seni termasuk pekerja belakang tabir, menceburi bidang keusahawanan melalui plaftorm e-dagang secara percuma. Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berharap inisiatif diambil perbadanan dan Koperasi Al Najah dimanfaatkan penggiat seni yang mahu berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan atau mereka yang sudah memiliki perniagaan dalam talian. “Saya… Read More