Menteri KKMM lancar E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota

13 Mac, KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah pagi ini telah melancarkan program E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota. Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Atabara, Indera Mahkota, Kuantan. E-Tuisyen merupakan suatu inisiatif kelas pembelajaran tuisyen secara maya seiring dengan norma baru melalui usahasama Pejabat Parlimen Indera Mahkota dan MSD Innovation Sdn Bhd. Saifuddin berinteraksi dengan pelajar-pelajar E-Tuisyen secara maya langsung dari pentas pelancaran hari ini. Beliau turut menyampaikan watikah kepada guru-guru E-Tuisyen. Turut hadir ke majlis pelancaran ini adalah Pengerusi MSD Innovation Sdn Bhd, Tan Sri Dr Halim Shafie. _PPI