Malaysia mendahului penggunaan dompet mudah alih di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Malaysia mendahului dalam penggunaan dompet mudah alih/digital di Asia Tenggara, diikuti Filipina (36 peratus), Thailand (27 peratus) dan Singapura (26 peratus), menurut Kajian Impak Mastercard 2020. Keputusan Edisi Pasaran Malaysia menunjukkan sebanyak 40 peratus daripada pengguna di Malaysia dilaporkan menggunakan lebih banyak dompet mudah alih/digital, diikuti kad debit tanpa sentuhan (26 peratus) dan kad kredit tanpa sentuhan (22 peratus). Oleh itu, penggunaan tunai merosot 64 peratus sejak awal pandemik COVID-19. Perubahan dalam cara pembelian menunjukkan peralihan di seluruh rantau dengan pasaran lain seperti Singapura, Filipina dan Thailand turut mengurangkan penggunaan tunai, masing-masing sebanyak 67… Read More