PETRONAS umum penemuan gas di perairan Sarawak

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengumumkan penemuan gas melalui penerokaan telaga Dokong-1 di Blok SK417 Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) terletak dekat perairan cetek Daerah Baram, kira-kira 90 kilometer dari pantai Sarawak. Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS, memiliki 20 peratus penyertaan kepentingan di Blok SK417 PSC, manakala pengendalinya, PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP), menerusi anak syarikat milik penuh, PTTEP HK Offshore Ltd memiliki 80 peratus kepentingan. PSC itu dimeterai pada Mac 2018 daripada Pusingan Bidaan Malaysia 2017. Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata telaga penerokaan… Read More

Pengusaha studio latihan turut terjejas akibat PKP

Pelaksanaan PKP bukan sahaja menjejaskan kelompok pemuzik dan penggiat-penggiat seni muzik lain tetapi ia turut memberi kesan besar kepada pengusaha-pengusaha studio latihan yang sinonim dengan istilah studio ‘jamming’. Berbeza semasa PKPB, kegiatan muzik masih boleh berlangsung secara terhad dengan persembahan pentas secara online. Ada pengusaha-pengusaha studio jamming yang bijak, mewujudkan gig atau persembahan online. Pengusaha-pengusaha studio jamming ini bergantung kepada sewaan studio oleh band-band muzik yang ingin berlatih. Itu sahaja sumber utama yang menjadi nyawa ekonomi perniagaan jenis ini. Tanpa kehadiran band-band ini samada untuk sesi latihan, rakaman muzik dan gig show… Read More

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi – Tengku Zafrul

PUTRAJAYA, 19 Jan — Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik COVID-19. ‚ÄúSeperti yang saya katakan, kesihatan awam adalah kunci untuk pemulihan ekonomi. Saya ingin jelaskan apa-apa keputusan dalam tempoh ini perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik baginda,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian pada… Read More

Suntikan bantuan kerajaan beri manfaat 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan

PUTRAJAYA, 19 Jan — Sebanyak 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan mendapat manfaat daripada pakej bantuan kerajaan yang dilaksanakan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan itu membabitkan suntikan kewangan sebanyak RM182 bilion. Semenjak bermulanya penularan wabak COVID-19 awal tahun lepas, kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi membantu rakyat serta perniagaan dan melindungi ekonomi negara. “Jika perlu, kerajaan akan terus membantu seperti yang terbukti sebelum ini,”… Read More