Sabah benarkan ‘dine-in’ restoran bermula esok

28 Jun 2021, Kota Kinabalu: Sabah akan membenarkan operasi ‘dine-in’ di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel bermula esok. Keputusan ini susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan, menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor melalui kenyataan rasmi beliau hari ini. Menurut Hajiji kerajaan negeri turut memberi kebenaran operasi gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut. Tambah beliau, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal… Read More

Pekebun kecil Risda, peserta Felcra terima dividen RM189.08 juta – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran dividen kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dengan jumlah keseluruhan RM189.08 juta. Muhyiddin berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju menyelaraskan pengagihan dividen berkenaan sebahagian usaha kerajaan membantu komuniti pekebun kecil Risda dan Felcra. “Melalui dividen Risda seramai 16,080 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan sawit di bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok ((RTBB) dan seramai 15,165 orang pekebun kecil yang mengusahakan Tanam Semula Komersil (TSK) bakal menerima dividen… Read More

KKM cadang hentikan penerbangan dari India

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menghentikan penerbangan dari India bagi mengelak penularan varian mutasi berganda COVID-19 di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini. “Ini suatu keputusan dasar yang amat penting dan kita mahu kerajaan ambil tindakan segera,” katanya pada sidang media mingguan berhubung situasi COVID-19 di KKM di sini hari ini. Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan New Delhi, India dikenakan perintah berkurung apabila merekodkan purata kes baharu COVID-19 sebanyak… Read More

Sukuk global pertama Malaysia catat lebihan langgan, cerminan keyakinan kukuh dasar ekonomi negara

✅ Sukuk global pertama Malaysia sejak 2016 terlebih langgan sebanyak 6.4 kali, mencerminkan keyakinan terhadap polisi dan asas ekonomi yang kukuh. ✅ Berikutan permintaan menggalakkan, Kerajaan tingkatkan saiz terbitan asal daripada USD1.0 bilion kepada USD1.3 bilion. ✅ 91.5% pelabur Sukuk 10 dan 30 tahun ini merupakan pelabur asing. ✅ Permintaan tinggi ini juga memberikan kadar hasil dan spread terendah bagi terbitan sukuk USD oleh Malaysia, mencerminkan keyakinan pasaran ke atas pemulihan dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun berhadapan cabaran getir akibat pandemik COVID-19. ✅ Harga sukuk 10-tahun ditetapkan pada 2.070% [T +… Read More