PM lancar inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’

19 April, PUTRAJAYA: Malaysia akan bekerjasama dengan Microsoft untuk mewujudkan ekonomi digital inklusif melalui inisiatif Bersama Malaysia dalam lima tahun akan datang. Di bawah inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’ yang dilancarkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, syarikat Microsoft akan melaburkan sekurang-kurangnya RM 4 bilion dalam 5 tahun bagi menubuhkan pusat data serantau pertama di Malaysia disamping membantu memperkasa sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital pada akhir tahun 2023. Melalui penubuhan pusat data serantau dan kerjasama strategik antara Microsoft bersama agensi dan pemain industri di Malaysia, inisiatif ini dijangka bakal… Read More

Ringgit melantun ke paras 4.1 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit melantun semula ke paras 4.13 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini, dirangsang oleh pengukuhan harga minyak mentah di tengah-tengah hasil bon AS dan dolar AS yang mereda. Data pembuatan tempatan yang semakin baik dengan menyaksikan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) IHS Markit Malaysia mengembang kepada 49.9 pada Mac daripada 47.7 bulan sebelumnya tahun ini, turut menyokong pengukuhan mata wang tempatan. Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1385/1435, lebih tinggi berbanding dolar AS daripada 4.1440/1470 pada penutupan urus niaga petang Khamis. Ketua Strategi Pasaran… Read More

Syarikat konglomerat Abu Dhabi bangunkan projek di Langkawi

30 Mac, KUALA LUMPUR: Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Widad Business Group (WBG) dan Bin Zayed Group (BZG), syarikat konglomerat berpengkalan di Abu Dhabi untuk projek pembangunan Widad@Langkasuka di Langkawi. Majlis tersebut telah disaksikan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri MITI, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor. Nilai anggaran pembangunan kasar (GDV) projek adalah RM40 bilion bagi membangunkan tanah seluas 1,979 ekar. Pembangunan projek ini dijangka dapat menjana 15,000 peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada 1,000 usahawan… Read More

Sumbangan mesin dodol bantu tingkat ekonomi komuniti

7 Mac, AMPANG: Usaha membantu ekonomi dan mempertingkatkan kemahiran komuniti, Pejabat Parlimen Ampang hari ini telah menyumbangkan mesin pembuat dodol kepada KRT Blok C Pangsapuri Seri Nilam. Wakil dari Pejabat Parlimen Ampang telah menyerahkan mesin berkenaan kepada wakil KRT Blok C Pangsapuri Seri Nilam. Sumbangan ini menjadi pemangkin buat komuniti setempat menjana pendapatan dan menjadi sumber ekonomi bagi memperkasakan keusahawanan masyarakat seiring Dasar Komuniti Negara.