Aktiviti ekonomi negara terus berfungsi sepanjang tempoh darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa aktiviti ekonomi negara akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat namun tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Malah, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan turut memastikan aktiviti ekonomi tidak terhenti agar rakyat dapat terus bekerja manakala perniagaan, perdagangan dan industri mampu beroperasi seperti biasa. “Kerajaan juga komited untuk memastikan amalan-amalan tadbir urus terbaik terus diamalkan sepanjang tempoh pelaksanaan darurat ini. “Organisasi kawal selia negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Bank Negara… Read More

Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$105.3 bilion pada akhir Nov 2020 – BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$105.3 bilion pada akhir November 2020, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.51 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).  BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang. Menurut bank pusat, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran… Read More

Bekalan Beras Negara Stabil

(SinarHarian) KUALA LUMPUR – Bekalan makanan asas negara khususnya beras berada pada tahap yang stabil dan terkawal walaupun negara menghadapi cabaran pandemik Covid-19 ketika ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (gambar) berkata, kerajaan juga sentiasa mengutamakan sekuriti makanan negara supaya bekalan makanan asas sentiasa terjamin. Katanya, kerajaan akan terus menggiatkan usaha meningkatkan tahap pengeluaran makanan negara melalui pelbagai inisiatif yang diambil. “Antara inisiatif kerajaan termasuk merancakkan aktiviti pengeluaran makanan dengan pemberian subsidi, insentif input, penyediaan khidmat nasihat teknikal dan meningkatkan keberkesanan pengeluaran,” katanya pada sesi pertanyaan lisan… Read More

Lebuhraya SUKE, DASH bakal pacu pertumbuhan ekonomi, kata pakar

(FMT News) PETALING JAYA: Seorang pakar pengangkutan, ahli ekonomi dan ketua kumpulan perniagaan meramalkan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal meningkatkan ekonomi Malaysia selepas siap dibina. Perunding perancangan pengangkutan, Rosli Azad Khan berkata, manfaat segera daripada kedua-dua lebuh raya itu adalah waktu perjalanan lebih singkat, membolehkan pengguna menjimatkan kos perjalanan. “Dalam kes SUKE, ini adalah jalan pintas yang berguna kerana pengguna tidak perlu melalui lingkaran jalan Kuala Lumpur yang selalunya sesak dan memakan masa,” katanya Walaupun pengguna perlu membayar tol, Rosli berkata, caj tambahan… Read More