England, Scotland longgar sekatan perjalanan

LONDON: England dan Scotland membuat keputusan melonggarkan sekatan perjalanan sekali gus memudahkan kemasukan individu yang lengkap divaksinasi ke negara terbabit. Pegawai kerajaan berkata, kelonggaran itu dilaksanakan akibat kegelisahan orang awam dan industri pelancongan terhadap pelbagai sekatan yang dibimbangi meningkatkan kos percutian musim panas kepada banyak keluarga. Setiausaha Pengangkutan UK, Grabt Shapps berkata, perubahan peraturan itu bermaksud menjadikan sesuatu sistem menjadi mudah dan lancar. “Kelonggaran peraturan membolehkan lebih ramai orang melancong, bertemu insan disayangi atau menguruskan perniagaan, sekali gus memacu kembali industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Bagaimanapun senarai peraturan ‘merah’ masih dikekalkan,… Read More

EURO 2020 : Itali juara

LONDON: Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi. Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan. Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67. Keputusan: Italy 1 (Bonucci 67) England 1 (Shaw 2)null *Itali menang 3-2 selepas sepakan penentuan Senarai pemenang Euro: 2020: Itali 2016: Portugal 2012: Sepanyol 2008: Sepanyol 2004: Greece 2000: Perancis 1996: Jerman 1992: Denmark 1988: Belanda 1984: Perancis 1980: Jerman… Read More

Euro 2020: England lakar kemenangan bergaya tewaskan Jerman

30 Jun 2021, LONDON: England melakar sejarah manis apabila berjaya menewaskan Jerman di Stadium Wembley sekaligus menebus kekalahan kepada Jerman pada perlawanan tahun 1996 di gelanggang sama. Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati. Namun suasana permainan rancak separuh masa kedua. Pertahanan Jerman mulai longgar dan England terus menggasak. Gerakan yang dicetuskan pemain penyerang, Raheem Sterling di hadapan kawasan D membuahkan hasil setelah Harry Maguire membuat hantaran kepada Sterling yang kemudian merembat terus ke kiri pintu gol Jerman pada minit 75. Jerman terus menggandakan gerakan namun menemui kegagalan menghasilkan gol…. Read More

Euro 2020: England, Croatia melangkah ke pusingan seterusnya.

23 Jun 2021: Dua perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D berlangsung awal pagi tadi, menyaksikan kemenangan buat England dan Croatia mengatasi lawan masing-masing untuk mara ke pusingan kalah mati. Croatia membenam Scotland dengan jaringan 3-1. Sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan ini mengutip satu mata selepas dua perlawanan kumpulan. Peluang masing-masing terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya. Namun Croatia lebih menguasai perlawanan berbanding Scotland. Kelebihan jaringan telah melayakkan Croatia mara walaupun berkongsi mata sama dengan Republik Czech. Republik Czech pula melepaskan peluang sekurangnya seri untuk mengutip satu mata dan layak ke pusingan kalah mati… Read More