Kerajaan Selangor silap, PBT sebenarnya ada kuasa tutup kilang

MARAN, 15 JULAI : Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, kuasa itu telah diturunkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri (PBT) sejak 29 Jun lalu. Beliau sekali gus menafikan dakwaan Exco Kerajaan Negeri Selangor bahawa PBT tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengarahkan penutupan kilang walaupun ia membawa risiko penularan wabak Covid-19. “Kalau kita mengambil contoh di Selangor dan mereka kata tidak ada kuasa untuk tutup… Read More