Rombakan pemain Harimau Malaya

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan pemain bagi menghadapi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Februari tahun depan. Menurut Cheng Hoe, kedudukan kesemua pemain Harimau Malaya termasuk trio naturalisasi belum selamat dan prestasi mereka akan dinilai berdasarkan aksi dalam Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala dunia 2022/Piala Asia 2023. “Saya rasa setiap pemain bukan saja (Guilherme) de Paula dan Liridon (Krasniqi), malah kesemua pemain akan kita nilai semula. Kami barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan akan duduk untuk menilai setiap prestasi mereka pada kempen kelayakan ini. “Jadi… Read More

Harimau Malaya perlu berjiwa kental

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan pemain untuk kekal fokus bagi mengharungi baki tiga perlawanan sempena aksi kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun depan. Menurutnya pemain perlu memberikan fokus kepada ketiga-tiga baki perlawanan berkenaan dan tidak terlalu memikirkan mengenai tindakan Korea Utara menarik diri daripada aksi kelayakan berkenaan. “Pada ketika ini, kita perlu terus fokus kepada perlawanan kita dan membiarkan pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan berhubung perkara itu. “Sekiranya, mereka (Korea Utara) benar-benar menarik diri ia pasti akan memberikan kesan… Read More

Kedah Darul Aman jinakkan Tok Gajah

KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya memanfaatkan kekurangan Sri Pahang FC yang beraksi 10 pemain apabila menang 3-1 pada aksi Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Pada minit ke-16, pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Herold Goloun dilayangkan kad merah selepas menarik Tchetche Kipre di hadapan kotak penalti lawan dalam usaha penyerang Kedah itu mara ke kubu Sri Pahang Fc. Kekurangan seorang pemain lawan dimanfaatkan oleh Hijau Kuning apabila mencorakkan serangan bertali arus ke kubu pasukan pelawat. Usaha tersebut berhasil apabila ketua pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar meledak… Read More

Perak seri dengan JDT di Ipoh

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada perlawanan kelima Liga Super 2021 selepas mencatat keputusan 2-2 di Stadium Perak di sini pada Ahad. Sementara itu, Perak FC pula terus longlai di laman sendiri apabila masih belum mencipta kemenangan di Stadium Perak dalam tiga perlawanan awal musim ini. Perlawanan pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mencari rentak mengatur serangan ke kubu lawan masing-masing. Pasukan pelawat mencipta peluang pada minit ke-16 untuk menjaringkan gol menerusi Natxo Insa hampir menjaringkan gol namun dinafikan penjaga gol Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim yang… Read More