FAM umum 28 pemain sertai kem latihan pusat Harimau Malaya

15 Mac, PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai rasmi 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021. Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11… Read More

Liga Super Malaysia mula aksi Piala Sumbangsih 5 Mac

Setelah ditangguhkan akibat pelaksanaan PKP 2.0, kerajaan telah membenarkan aktiviti sukan bola sepak berlangsung. Liga Super Malaysia bakal bermula pada 5 Mac 2021 (Jumaat) dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah Darul Aman FC. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui TV1 RTM jam 8:30 malam esok. Pertemuan perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Enam pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan, sekali gus melayakkan mereka beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Enam pasukan berkenaan terdiri daripada dua pasukan Liga Super iaitu Pahang dan Melaka, manakala bakinya adalah empat pasukan Liga Premier iaitu Kelantan, Sarawak United FC, Pulau Pinang dan Kuching City FC. Bagaimanapun, Pengerusi First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata lesen kelab kebangsaan dengan bersyarat… Read More

Keputusan Perlawanan Liga Super & Liga Perdana Malaysia

Berikut keputusan penuh perlawanan Liga Super dan Liga Perdana yang berlangsung malam ini. LIGA SUPERPahang 2-3 JDTPerak 0-1 MelakaFelda 0-1 UiTM FC LIGA PERDANAKuching FA 1-4 Selangor IIK. Lumpur 2-1 UKM FCN. Sembilan 1-0 Terengganu FC II