Jiwa kental gadis penghantar makanan

“Saya memilih kerjaya penghantar makanan kerana minat dengan motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun,” kata Farah Nur Syifa Abdullah, yang mesra dipanggil Fafa. Fafa, 20, berkata, walaupun kerjaya itu didominasi kaum lelaki, ia tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghantar makanan. Katanya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan adalah lelaki.”Walaupun saya perempuan, layanan dan cara kerja tetap sama seperti penghantar makanan lain. Saya perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat, tidak kira cuaca panas… Read More