Gimnasium dibenarkan beroperasi, kecuali negeri Fasa Satu

KUALA LUMPUR: Semua pusat gimnasium, kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), ini dibenarkan kembali beroperasi, namun terhad untuk penggunaan individu yang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19. Perkara itu dinyatakan dalam kemas kini prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dimuat naik di telegram rasmi mereka. Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu dalam perkongsian di laman Twitter beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti SOP yang ditetapkan. “Gimnasium kini dibuka untuk operasi. Sila ikuti SOP dan terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati kehidupan sihat!” katanya… Read More