FINAS terima anugerah ‘The Best Agency in Protecting Film’s IP’

11 April 2021, KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) telah menerima anugerah ‘Agensi Terbaik bagi Melindungi IP Filem’ dalam satu majlis anjuran Lang International Corporate Titans Awards (LICTA) malam tadi yang berlangsung di Wyndham Acmar Klang. Menteri KPDNHEP Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkenan menyampai anugerah tersebut kepada Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid. Menurut Zakaria, dua asas penting pemilihan FINAS menerima anugerah ini atas langkah-langkah strategik agensi kemajuan perfileman tanahair tersebut iaitu langkah FINAS memberi hak IP (Harta Intelek) kepada syarikat produksi dan penubuhan Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak Digital bagi memerangi… Read More

Membawang Akhir Zaman: Batu api politik dalang petisyen ke atas Finas

FINAS sekali lagi diuji polemik terbaharu dengan beberapa persatuan perfileman, namun kali ini ia dapat dihidu sebagai ‘usaha gelap politik’ yang menjadi batu api menggerakkan petisyien ke atas Pengerusi dan CEO Finas. Kesian brader Zakaria, asyik kena kecam je. MAZ diberitahu oleh kawan-kawan mulut kepoh, wujud usaha terancang memutuskan komunikasi dua hala antara Finas dan para penggiat perfileman terlibat agar ‘konflik terancang’ ini berterusan sehingga mencapai tahap kerosakan total kepada Finas. Wah! Namun apakah usaha gelap ini tidak diketahui langsung oleh Finas? Kawan-kawan mulut kepoh MAZ kata lagi, Pengerusi FINAS brader Zakaria… Read More

FINAS terus bantu penggiat seni tempatan, salur RM13.9 juta Dana Kandungan Digital

24 November, Hulu Kelang: FINAS terus membantu para penggiat seni tempatan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dimulakan sejak beberapa bulan lepas. 40 syarikat produksi telah menerima surat tawaran PELAKSANA Dana Kandungan Digital yang melibatkan jumlah RM13.9 juta. Surat tawaran tersebut telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah secara maya (online). Turut serta dalam majlis adalah Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. FINAS turut memaklumkan senarai 40 syarikat produksi yang telah menerima surat tawaran geran Dana Kandungan Digital tersebut. Ini… Read More

Rencana | Prestasi 100 Hari, Buktikan Zakaria Pilihan Tepat Terajui Finas

Anda pasti ingat beberapa bulan lepas apabila Zakaria Abdul Hamid diumumkan sebagai pengerusi baru Finas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah, beliau kemudiannya mendapat kecaman hebat segelintir penggiat seni dan kumpulan politik. Antara kumpulan politik yang hebat membuat kecaman adalah Naib Ketua AMK PKR yang melabelkan Zakaria sebagai ‘orang yang mengamalkan rasuah’ berdasarkan tuduhan beliau ‘menggunakan kedudukan jawatan selaku Setpol Menteri Kerjaraya’ untuk memberi projek kepada orang-orang politik dan dipecat oleh PKR kerana ‘kesalahan’ tersebut. Namun SPRM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Zakaria tidak terlibat dengan tuduhan tersebut dan… Read More