Berita Ringkas |Ziarah Kasih Finas: Lagenda Mat Sentol & Biduanita Zaleha Hamid Disantuni

9 Ogos 2020 Program ziarah kasih FINAS Prihatin ke Johor yang diketuai oleh Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid melawat seniman legenda Mat Sentol (berumur 91 tahun) dan biduanita Zaleha Hamid, yang terlantar uzur kerana angin ahmar. Turut serta program ini adalah pihak MAPIM, GISB Holdings dan PKN Johor #KitaJagaKita #FINASPrihatin _PPI

Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas

ISKANDAR PUTERI, 9 Ogos  —  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan permohonan maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.  “Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat. “Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya. Beliau berkata selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah bincang perkara itu di Kabinet dan Kabinet putuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan. “Jangan risau,… Read More

Rencana |Zakaria Abdul Hamid ‘memandu’ Finas ke jalan lurus

Semasa pengumuman rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBM Dato Saifuddin Abdullah pelantikan Pengerusi FINAS yang baru pada 23 Mei 2020 lalu, segelintir penggiat seni dan kumpulan politik membidas kewajaran lantikan Zakaria Abdul Hamid bagi menerajui agensi tersebut. Antara kegusaran dalam kecaman dan bidasan yang dilontarkan lebih kepada ‘keupayaan’ dan ‘kefahaman’ orang politik tentang seni. Mereka khuatir arah tuju FINAS akan hanyut sekiranya ditadbir oleh orang politik. Namun kebanyakan mereka tidak mengenali watak dan sikap Zakaria yang sinonim dipanggil ‘Zak’ oleh rakan-rakan politik. Orangnya bersifat tenang dan sentiasa tersenyum tanpa menyerlahkan sikap ‘angkuh… Read More