Gelandangan berharap ada pihak bantu daftar vaksin Covid-19

Kuala Terengganu: Gelandangan di negeri ini berharap ada pihak yang sudi membantu urusan pendaftaran bagi membolehkan mereka menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK). Ketiadaan telefon pintar selain ada antara mereka daripada kalangan warga emas menyebabkan proses pendaftaran tidak dapat dilakukan menerusi Aplikasi MySejahtera dan memerlukan bantuan daripada pihak lain bagi melakukan urusan itu. Seramai kira-kira 30 gelandangan dikenal pasti menjadikan beberapa lokasi awam di sekitar bandar ini sebagai tempat tinggal antaranya kawasan Pasar Besar Kedai Payang, Dataran Shahbandar dan Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Amran Yusof,… Read More

Masih ada sinar harapan untuk gelandangan KL

KUALA LUMPUR: Di sebalik kegawatan penularan wabak COVID-19, jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lumpur. Mereka kini boleh berdikari menerusi program khas penempatan pekerjaan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dan 19 agensi lain. Program tersebut dilaksanakan selepas gelandangan ini “diselamatkan” dalam operasi DBKL di beberapa kawasan termasuk sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas…. Read More