300 ahli PKR keluar parti, sertai Gerakan

IPOH – Seramai 300 individu mendakwa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Rabu. Seorang bekas ahli PKR Cabang Ipoh Barat, Alfaizal Shahul Hamid, 44, yang mewakili kumpulan itu berkata, keputusan yang dibuat bersama rakan-rakan lain menyertai Gerakan itu disebabkan mereka hilang kepercayaan kepada PKR. Menurutnya, selepas empat tahun sebagai ahli PKR, dia memilih untuk keluar parti sejak setahun yang lalu kerana parti itu dilihat hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri berbanding rakyat. “Pada pandangan saya, Gerakan lebih menumpukan usaha terhadap ekonomi serta kesejahteraan… Read More

Gerakan sertai Perikatan Nasional

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi menganggotai Perikatan Nasional (PN). Perkara itu disahkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada Khamis. “Gerakan secara rasmi menerima surat keanggotaan PN daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini,” katanya.