Menteri KKMM umum Geran RM 10 Juta Sokong Komuniti Seni semasa Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan lebih 3,000 artis dan pekerja budaya akan menerima manfaat daripada sumbangan RM10 juta yang merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan RM150 juta daripada Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif. Inisiatif Pemulihan CENDANA, yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), ditubuhkan untuk menyokong sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf melalui tujuh program kewangan yang bertujuan membantu: ● individu, kumpulan, kugiran dan organisasi di mana geran tersebut dapat membantu mereka untuk pulih dalam situasi pandemik… Read More