Azmin bergegas ke lokasi kemalangan heli

8 November, Hulu Kelang: Ahli Parlimen Gombak, YB Dato’ Seri Azmin Ali bergegas meninjau kemalangan yang melibatkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Hulu Kelang bersama-sama Ketua Polis Balai Taman Melawati. Beliau hari ini kebetulan turun kawasan untuk beberapa program setempat dan kunjungan kemasyarakatan di Dun Hulu Kelang. Azmin menyatakan rasa sedih dan simpati atas kejadian yang telah meragut dua nyawa khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

Jangan ghairah rampas Ampang, Gombak hingga tercicir kawasan sendiri – Zuraida

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, mengingatkan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar tidak terlalu ghairah mahu menawan kawasan diwakilinya itu, hingga mengabaikan kawasan sendiri. Beliau yang juga bekas Naib Presiden PKR, menyifatkan kepemimpinan parti itu memberi tindak balas positif apabila mula menyedari tanggungjawab dan landas perjuangan mereka, selepas ‘tidur’ sejak sekian lama. “Alhamdulillah, saya sebenarnya berbesar hati dan berbangga kerana PKR memilih Ampang untuk mengadakan program mereka. “Selama ini mereka tidur dan kini sudah bangkit. Alhamdulillah, kita amat profesional dan akan bertanding secara profesional dan sihat juga. Saya sangat alu-alukan… Read More