Najib gagal singkir Sri Ram dalam kes pinda laporan audit 1 MDB

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menggugurkan pendakwa raya ad hoc, Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan meminda laporan audit 1MDB. Panel tiga hakim yang diketuai Yaacob Md Sam berkata, tiada kesilapan “appealable” yang dilakukan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan dalam menolak permohonan bekas perdana menteri itu. “Kami mendapati tiada merit dalam rayuan, oleh itu kami menolak rayuan ini dan perintah Mahkamah Tinggi disahkan” katanya. Hakim lain adalah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali Sumber : FMT