Hajiji Diangkat sebagai KM Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai muafakat semalam memilih Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri. GRS baru-baru ini telah memenangi PRN Sabah dengan 38 kerusi dun. Kedudukan semasa GRS diperkuatkan lagi setelah tiga Adun bebas turut mengumumkan sokongan bersama gabungan ini menjadikan GRS mempunyai 41 daripada 73 kerusi dun keseluruhan. Hajiji semalam turut menerima watikah pelantikan daripada Yang DiPertua Negeri Sabah dan akan mengangkat sumpah pada jam 10:30 pagi ini.

Senarai ADUN dan Keputusan Ringkas PRN Sabah Ke-16

N.1 BanggiMohammad bin Maharin (Warisan)Majoriti: 703 N.2 BengkokaHarun Durabi (BN)Majoriti: 1,337 N.3 PitasRuddy Awah (Bebas)Majoriti: 559 N.4 Tanjung KaporChong Chen Bin (Warisan)Majoriti: 1,879 N.5 MatunggongJulita Mojungki (PBS)Majoriti: 1,510 N.6 Bandau Datuk Wetrom Bahanda (PN)Majoriti: 3,363 N.7 TandekHendrus Anding (PBS)Majoriti: 1,432 N.8 PintasanFairuz Renddan (PN)Majoriti: 84 N.9 TempasukMohd Arshad bin Bistari (BN)Majoriti: 1,685 N.10 UsukanDatuk Salleh Said Keruak (BN)Majoriti: 4,298 N.11 KadamaianDatuk Ewon Benedick (UPKO)Majoriti: 3,459 N.12 SulamanDsp Hajiji Hj Noor (PN)Majoriti: 3,099 N.13 Pantai DalitJasnih Daya (BN)Majoriti: 3,794 N.14 TamparuliJahid Jahim (PBS)Majoriti: 3,517 N.15 KiuluJoniston Bangkuai (PBS)Majoriti: 1,221 N.16 KarambunaiDatuk Yakub Khan… Read More

GRS Menang PRN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah telah memenangi pilihan raya negeri Sabah setelah memenangi 37 kerusi berbanding Warisan Plus yang mendapat 26 kerusi dan bebas memenangi dua kerusi. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media jam 12:00 tengah malam tadi telah mengumumkan keputusan bagi 65 kerusi daripada 73 kerusi dun keseluruhan. Pengumuman rasmi SPR tersebut telah mengesahkan bahawa GRS adalah parti yang memenangi PRN Sabah ke-16.