Laporan Israel dakwa ‘hacker’ Malaysia bocor maklumat pelajar

PETALING JAYA: Penggodam dari negara ini didakwa mencuri dan membocorkan maklumat peribadi hampir 300,000 pelajar Israel, lapor The Times of Israel. Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai DragonForce Malaysia mengumumkan mereka telah membocorkan nama, nombor telefon, e-mel dan alamat rumah pelajar dari AcadeMe, salah satu rangkaian pengambilan pekerja dan siswazah terbesar di Israel, menurut laporan itu. Dalam tangkap layar mesej kumpulan penggodam itu, yang dikongsi The Times of Israel, mereka menamakan operasi itu “#OpsBedil 2.0” dan menyeru agar “penggodam, organisasi dan aktivis hak asasi manusia” bersatu dan memulakan kempen terhadap Israel. Maklumat kira-kira… Read More