Hafizh sekadar ke-23 di Belanda

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda, hari ini di kedudukan ke-23. Ia satu lagi keputusan yang mengecewakan buat pelumba NTS RW Racing GP itu selepas menamatkan perlumbaan di tangga ke-17 ketika GP Jerman, minggu lalu. Hafizh yang sebelum ini mendapat perhatian daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia menajanya, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 40.349 saat dengan juara menjadi milik Raul Fernandez dari pasukan Red Bull KTM Ajo. Seorang lagi pelumba Red Bull KTM Ajo, Remy Gardner… Read More

‘Jangan menyerah kalah Hafizh Syahrin’

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen percaya kemampuan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang sentiasa memberi persembahan terbaik. Menurut Janssen, dia tidak mahu Hafizh terus menyerah kalah terutama selepas gagal memungut mata di perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman hujung minggu lalu. “Terus berusaha dan jangan menyerah kalah Hafizh Syahrin. Kami sentiasa memuji usaha anda setiap kali turun ke litar untuk berlumba,” katanya dalam media sosial, Facebook. Ujarnya, beliau tidak sabar untuk melihat bekas pelumba MotoGP itu kembali beraksi di GP Belanda hujung minggu ini yang juga gelanggang… Read More

Hafizh Syahrin kemalangan di Austria

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi. Insiden yang menimpa pelumba Aspar Team itu berlaku di selekoh pertama pusingan keempat selepas pelumba pasukan Italtrans Racing Team, Enea Bastianini, terlebih dahulu terjatuh dan jenteranya tertinggal di tengah-tengah litar. Malang buat Hafizh Syahrin, yang sedang memecut selepas memintas beberapa pelumba lain, apabila gagal mengelak jentera di tengah-tengah litar berkenaan. Pelumba negara itu kelihatan melambung tinggi dan kedua-dua jentera yang bertembung itu berkecai sebelum bendera merah dikibarkan. Doktor dan pegawai perubatan… Read More