Haniza sifatkan tindakan PKR lucut keahliannya “seperti balas dendam”

Haniza Mohamed Talha, yang dilucut keahliannya daripada PKR pada mesyuarat parti itu semalam, menyifatkan tindakan itu “seperti balas dendam”. Haniza yang sebelum ini merupakan Ketua Wanita PKR berkata PKR kini dilihat membalas dendam dengan memecat dan “memburu” ahli parti yang rapat dengan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “PKR semakin tersasar daripada perjuangan yang menegakkan keadilan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor itu kepada Bernama hari ini ketika dihubungi melalui WhatsApp bagi mengulas perkara itu. Haniza juga berkata, beliau masih belum menerima apa-apa surat atau notis rasmi daripada parti… Read More

PKR Pecat Tiga Adun

PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali. Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha merangkap Adun Lembah Jaya, ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria, dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh). Keputusan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam (28 Jun 2020). _PPI

Exco Selangor bimbang isu calon PM jejas kerajaan negeri pimpinan PH

PETALING JAYA: Exco Selangor dan Adun Lembah Jaya, Haniza Talha bimbang isu pencalonan perdana menteri dalam Pakatan Harapan (PH) akan menjejaskan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri. Ketua Wanita PKR itu yang digantung keahliannya oleh parti sejak 6 April lalu berkata, pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PH seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan tergendala apabila tiada kepercayaan antara sekutu gabungan itu. “Perbezaan pandangan di peringkat pusat sudah pasti akan mengubah pendirian dan susunan di peringkat kerajaan negeri. “Ketidakstabilan akan berlaku dan fokus utama, usaha pembangunan untuk rakyat akan terbantut dan tergendala,” katanya… Read More

Timbalan speaker Selangor keluar PKR

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa mengumumkan keluar dari PKR. Beliau merupakan wakil rakyat terbaru yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu. Timbalan Ketua Wanita PKR itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.null “Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada presiden juga parti yang… Read More