Harga emas berpotensi cecah RM300 segram

KUALA LUMPUR: Harga emas, yang meningkat lebih 60 peratus dalam tempoh dua tahun sejak Julai 2018 hingga Julai 2020 dijangka terus naik sehingga akhir tahun ini. Pengurus Besar Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, berkata harga emas pukal atau harga spot emas dijangka mencecah AS$2,000 seaun atau lebih RM300 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Selain itu, permintaan runcit untuk membeli barangan kemas atau emas perhiasan juga meningkat susulan lebihan tunai pengguna yang meraih manfaat daripada moratorium bayaran balik pinjaman yang diberi kerajaan susulan kesan penularan COVID-19. Beliau berkata, baru-baru… Read More