Harga petrol naik 1 sen, diesel naik 5 sen

Harga RON95, RON97 naik 1 sen kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter, diesel naik 5 sen kepada RM1.74 seliter bagi tempoh 17- 23 Oktober -Kementerian Kewangan

Berita Ringkas | Harga RON97 & RON95 turun empat sen

Harga RON97, RON95 turun empat sen kepada RM1.97 dan RM1.67, diesel turun satu sen kepada RM1.69, seliter bermula 10-16 Okt, makluman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Harga Mingguan Petrol10-16 Oktober 2020 RON97: RM1.97RON95: RM1.67Diesel: RM1.69

Harga RON95, RON97 turun 4 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Julai. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel juga turun lima sen seliter kepada RM1.82 “Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya. Kenyataan sama menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Sumber BH Online