Helikopter dinaiki Presiden Colombia ditembak

BOGOTA: Presiden Colombia, Ivan Duque, semalam mendakwa helikopter yang dinaikinya telah ditembak ketika terbang berhampiran sempadan Venezuela. “Ia adalah serangan pengecut, di mana anda boleh melihat lubang peluru ditembak pada pesawat presiden,” katanya dalam satu kenyataan. Duque mendakwa kejadian berlaku ketika beliau sedang dalam penerbangan bersama Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Gabenor wilayah Norte de Santander yang terletak bersempadan dengan Venezuela. Mereka dikatakan berlepas dari bandar Sardinata dan sedang menuju ke sempadan bandar Cucuta. “Kami tidak takut dengan keganasan atau tindakan ganas. Colombia adalah kuat untuk berdepan ancaman sebegini,” kata Duque…. Read More