RM8.9 juta diperuntuk untuk bersih, bangun semula tapak Highland Towers

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sebanyak 8.9 juta untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembangunan semula di kawasan tapak Highland Tower, Selangor. Menterinya, Datuk Zuraida binti Kamaruddin berkata, kementerian itu telah memohon peruntukan itu kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk pengambilan tanah seluas hampir dua ekar itu. Bagaimanapun, menurut beliau, kerja-kerja perobohan bangunan yang sedia ada dan pembersihan kawasan tersebut hanya boleh dilakukan selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan. “Selepas kerja-kerja perobohan selesai, kawasan tersebut perlu dibersihkan serta diperindahkan. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di atas kawasan… Read More

Highland Tower akan dirobohkan untuk pembangunan lestari dan pengindahan

6 April 2021, Ampang: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin meninjau lokasi Highlands Tower, Taman Hill View Ampang pagi ini. Tapak yang sudah lama terbiar ini bakal dibangunkan dengan pelan cadangan menjadikannya sebagai tapak bersejarah. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah. Turut hadir dalam tinjauan tapak tersebut adalah wakil-wakil pemaju dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Blok-blok Highland Towers yang terbiar sejak 28 tahun menjadi sarang penagih dadah dan tidak dibersihkan. Keadaan tersebut menjadi ancaman keselamatan… Read More