Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19

AMPANG:┬áJabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memutuskan untuk menukarkan status Hospital Ampang kepada Hospital Full COVID-19 berkuat kuasa pada Rabu. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, penukaran status berkenaan adalah berikutan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah. Beliau berkata, situasi yang berlaku ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital Zon Wilayah Tengah adalah melebihi kadar maksimum. “Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 juga menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di… Read More

MP Ampang sumbang barangan keperluan kepada Hospital Ampang

27 Mei 2021, AMPANG: Peningkatan kes positif harian Covid-19 di Selangor khususnya di Ampang telah berlaku pertambahan jumlah pesakit berkaitan di Hospital Ampang. Kesan tersebut telah menyebabkan Hospital Ampang kekurangan peralatan untuk menampung jumlah pesakit yang meningkat akibat Covid-19. Hospital tersebut dilaporkan memerlukan 50-100 bantal. Pihak hospital telah menggunakan selimut yang digulung untuk dijadikan bantal bagi katil tambahan. MP Ampang YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui Pejabat Parlimen Ampang telah menggerakkan inisiatif melalui serahan sumbangan barangan keperluan kepada Hospital Ampang. Sumbangan bantal telah diserahkan oleh wakil Pejabat Parlimen Ampang, Hamsah Djabir kepada… Read More