Mangsa terkorban kemalangan heli Taman Melawati dibawa keluar

8 November 2020, 2:56 pm KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd. (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya dikenal pasti antara empat mangsa nahas helikopter di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini. Beliau dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan bersama seorang juruterbang iaitu  Tan Chai Eian yang berusia 51 tahun. Helikopter mereka dikatakan selamat mendarat di kawasan padang sekolah jenis kebangsaan Tamil berhampiran. Bagaimanapun dua lagi mangsa meninggal dunia iaitu Leftenan Kolonel (B)Mohd Sabri B Baharon dan Mohd. Irfan B Mohamed Rawi. Berikut merupakan senarai penuh… Read More

Azmin bergegas ke lokasi kemalangan heli

8 November, Hulu Kelang: Ahli Parlimen Gombak, YB Dato’ Seri Azmin Ali bergegas meninjau kemalangan yang melibatkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Hulu Kelang bersama-sama Ketua Polis Balai Taman Melawati. Beliau hari ini kebetulan turun kawasan untuk beberapa program setempat dan kunjungan kemasyarakatan di Dun Hulu Kelang. Azmin menyatakan rasa sedih dan simpati atas kejadian yang telah meragut dua nyawa khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.