Idrus dapat sokongan bekas AG mengenai pembukaan semula Parlimen

PETALING JAYA: Seorang bekas Peguam Negara (AG) tampil menyatakan sokongan terhadap Idrus Harun dengan berkata, beliau berhak menyatakan pandangannya dari segi undang-undang secara terbuka mengenai persidangan semula Parlimen. Baru-baru ini, Idrus, yang kini memegang jawatan tersebut berkata, persidangan semula Parlimen dan tarikhnya hanya dapat ditetapkan atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. “Tiada yang salah kerana AG (Idrus) menjelaskan kedudukan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” kata Mohamed Apandi Ali dalam pesanan teks kepada FMT. Apandi, yang menyandang jawatan tersebut dari Julai 2015 hingga Mei 2018 berkata, Idrus harus tampil membuat kenyataan di… Read More