Hampir 80% populasi dewasa lengkap vaksin

PETALING JAYA: Sebanyak 77.5% atau 18,135,561 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap satu dos vaksin pula sudah mencecah 92.9% atau 21,861,904 orang. Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 39,923,416 dos. “Mengikut peratusan populasi keseluruhan, sebanyak 66.9% mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. Manakala 55.5% lengkap dos kedua’ katanya. Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan… Read More