Indonesia catat kematian COVID-19 tertinggi menjelang Aidiladha

JAKARTA: Warga Indonesia mengerjakan solat sunat Aidiladha di luar masjid dan ibadah korban sempena Aidiladha di sebalik COVID-19 yang semakin mengganas. Republik itu juga mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat coronavirus semalam, namun tidak melunturkan semangat umat Islam menyambut Aidiladha, yang agak suram tanpa perhimpunan secara besar-besaran. Pihak berkuasa melarang orang ramai daripada berhimpun termasuk pada acara korban dan menggesa mereka tidak berkumpul ketika mengerjakan ibadah. Tahun ini, kerajaan melarang sembahyang berjemaah di bandar utama dan wilayah di bawah perintah berkurung, yang merangkumi sebahagian besar Jawa dan Bali selain 15 lagi lokasi di… Read More

Indonesia catat rekod kematian doktor akibat COVID-19

JAKARTA: Jumlah doktor di Indonesia yang maut akibat COVID-19 meningkat secara mendadak pada separuh pertama Julai, menurut persatuan doktor Indonesia (IDI). Sebahagian besar kematian berpunca daripada varian Delta yang menyebabkan lonjakan jangkitan di serata negara itu. Seramai 114 doktor meninggal dunia antara 1 Julai hingga 17 Julai, jumlah tertinggi dilaporkan bagi sebarang tempoh masa yang sama sebelum ini. Jumlah itu adalah lebih 20 peratus daripada 545 kematian doktor akibat COVID-19 sejak permulaan pandemik, menurut pegawai IDI dalam satu sidang berita secara maya. Menurut seorang pegawai kanan IDI, Mahesa Paranadipa, persatuan itu bimbang… Read More

Aidiladha: Indonesia kenakan sekatan ‘mudik’ mulai hari ini

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menguatkuasakan perintah larangan pergerakan atau ‘mudik’ tidak penting selama seminggu mulai hari ini bagi mencegah gelombang baharu COVID-19 menular ketika umat Islam bakal menyambut Aidiladha 20 Julai ini. Pengumuman dibuat oleh Pasukan Petugas COVID-19 Kebangsaan tatkala jumlah kematian akibat pandemik itu semalam melepasi angka 1,000, selain jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat susulan penularan meluas varian Delta. Negara itu semalam melaporkan 51,952 jangkitan baharu COVID-19 dan 1,092 kematian. Kes baharu itu turun sedikit daripada 54,517 jangkitan yang dilapor pada Jumaat sehingga republik itu diletakkan sebagai negara pertama… Read More