Aidiladha: Indonesia kenakan sekatan ‘mudik’ mulai hari ini

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menguatkuasakan perintah larangan pergerakan atau ‘mudik’ tidak penting selama seminggu mulai hari ini bagi mencegah gelombang baharu COVID-19 menular ketika umat Islam bakal menyambut Aidiladha 20 Julai ini. Pengumuman dibuat oleh Pasukan Petugas COVID-19 Kebangsaan tatkala jumlah kematian akibat pandemik itu semalam melepasi angka 1,000, selain jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat susulan penularan meluas varian Delta. Negara itu semalam melaporkan 51,952 jangkitan baharu COVID-19 dan 1,092 kematian. Kes baharu itu turun sedikit daripada 54,517 jangkitan yang dilapor pada Jumaat sehingga republik itu diletakkan sebagai negara pertama… Read More