Menteri KKMM umum Geran RM 10 Juta Sokong Komuniti Seni semasa Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan lebih 3,000 artis dan pekerja budaya akan menerima manfaat daripada sumbangan RM10 juta yang merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan RM150 juta daripada Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif. Inisiatif Pemulihan CENDANA, yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), ditubuhkan untuk menyokong sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf melalui tujuh program kewangan yang bertujuan membantu: ● individu, kumpulan, kugiran dan organisasi di mana geran tersebut dapat membantu mereka untuk pulih dalam situasi pandemik… Read More

Kerjasama KKMM-Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dapatkan data kukuh industri kreatif negara

7 Mac, PUTRAJAYA: Mengenai rancangan untuk mengukuhkan industri kreatif negara, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Saifuddin Abdullah berkata, KKMM bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi mendapatkan data penggiat seni yang khusus, sama ada dalam kalangan pengarah filem, komposer, pemuzik atau penulis lirik. Bagi tujuan tersebut, DOSM sedang melakukan bancian data penggiat seni dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Finas, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) dan Radio Televisyen Malaysia. Sektor ekonomi kreatif menyumbangkan RM29.4 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dan telah memberi peluang… Read More

Pengusaha studio latihan turut terjejas akibat PKP

Pelaksanaan PKP bukan sahaja menjejaskan kelompok pemuzik dan penggiat-penggiat seni muzik lain tetapi ia turut memberi kesan besar kepada pengusaha-pengusaha studio latihan yang sinonim dengan istilah studio ‘jamming’. Berbeza semasa PKPB, kegiatan muzik masih boleh berlangsung secara terhad dengan persembahan pentas secara online. Ada pengusaha-pengusaha studio jamming yang bijak, mewujudkan gig atau persembahan online. Pengusaha-pengusaha studio jamming ini bergantung kepada sewaan studio oleh band-band muzik yang ingin berlatih. Itu sahaja sumber utama yang menjadi nyawa ekonomi perniagaan jenis ini. Tanpa kehadiran band-band ini samada untuk sesi latihan, rakaman muzik dan gig show… Read More

FINAS terus bantu penggiat seni tempatan, salur RM13.9 juta Dana Kandungan Digital

24 November, Hulu Kelang: FINAS terus membantu para penggiat seni tempatan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dimulakan sejak beberapa bulan lepas. 40 syarikat produksi telah menerima surat tawaran PELAKSANA Dana Kandungan Digital yang melibatkan jumlah RM13.9 juta. Surat tawaran tersebut telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah secara maya (online). Turut serta dalam majlis adalah Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. FINAS turut memaklumkan senarai 40 syarikat produksi yang telah menerima surat tawaran geran Dana Kandungan Digital tersebut. Ini… Read More