Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat

6 Jun 2021, ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, semalam. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu. “Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama berhubung perkara itu hari ini. Semalam, netizen kecoh susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan… Read More

Siti Nurhaliza dan suami dikompaun RM10K seorang

SHAH ALAM – Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak keduanya, baru-baru ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. “Tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya pada… Read More

Mengapa tidak PKP menyeluruh? #kitajagakita #PKP #covid19Malaysia

Berita Ringkas |Ingkar #PKPP: 235 individu ditahan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seramai 235 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya daripada jumlah itu, 15 individu telah direman manakala 220 individu pula dikenakan kompaun. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870792