Berita Ringkas |Larangan rakyat dari negara kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia

PUTRAJAYA, 3 SEPT: Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain tiga negara yang diumumkan Selasa lalu iaitu India, Indonesia dan Filipina. —BERNAMA

PKP Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah

Makluman secara infografik pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah;

Berita Ringkas |PKPD Pentadbiran di Aman Jaya Kedah

Berikut adalah makluman penting oleh Menteri Kanan, YB Dato Ismail Sabri berkaitan pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Aman Jaya Kedah; ▪️Kerajaan laksana #PKPD pentadbiran di Aman Jaya, Kedah bermula tengah malam ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. ▪️PKPD pentadbiran di Aman Jaya, Kedah libatkan 22,360 isi rumah.

Berita Ringkas |Peniaga tidak wajib rekod suhu badan pelanggan – Ismail Sabri Yaakob

Suhu badan pelanggan yang berkunjung ke sesuatu premis perniagaan tidak wajib dicatat, sebaliknya hanya nama dan nombor telefon perlu direkod dalam buku jika pelanggan berkenaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1874148