Berita Ringkas |Ingkar #PKPP: 235 individu ditahan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seramai 235 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya daripada jumlah itu, 15 individu telah direman manakala 220 individu pula dikenakan kompaun. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870792

Berita Ringkas |Dua Kawasan di Perlis Kena PKPD

‪Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) bermula dari hari ini hingga 31 Ogos. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan TEMCO itu melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1868839#.XzER9ISMx2k.twitter‬

Sembilan Operasi Sanitasi Awam, PDRM Lakukan Pemeriksaan Kuarantin Wajib Di Kediaman

Makluman terkini PKPP oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada 5 Ogos 📌 PDRM tahan 127 individu kerana ingkar PKPP semalam, lapan direman dan 119 dikompaun 📌 Sembilan operasi sanitasi awam dijalankan di Kedah, Melaka, Pahang dan Sabah semalam 📌 PDRM lakukan 1,969 pemeriksaan kuarantin wajib di rumah, ambil tindakan terhadap lima individu gagal patuh SOP semalam

Operasi Benteng: Lima individu ditahan atas kesalahan imigresen

Kenyataan media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai #PKPP setakat 3 Ogos 2020 :- ❗️Lima individu ditahan atas kesalahan imigresen menerusi Operasi Benteng ❗️104 individu ditahan kerana ingkar PKP, melibatkan lima direman dan 99 dikompaun ❗️PDRM telah ambil tindakan terhadap 80 individu kerana gagal patuhi #SOP kuarantin wajib di kediaman masing-masing setakat ini —BERNAMA