Ingkar Arahan PKP: 315 Individu ditahan.

Intipati kenyatan media berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri | 2 Ogos 2020. πŸ“Œ PDRM tahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. πŸ“Œ PKPP: 127 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka, semalam. πŸ“Œ PKPP: 28 individu ditahan kerana gagal patuhi SOP kuarantin wajib di kediaman, semalam_BERNAMA

Ingkar PKP: 199 individu dikompaun, 10 direman

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 210 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah berkenaan seramai 199 individu dikenakan kompaun, 10 direman manakala seorang diikat jamin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP berkenaan termasuklah aktiviti pub dan kelab malam yang membabitkan 72 individu dan aktiviti tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu 138 orang. “Operasi pematuhan yang dilaksanakan semalam turut membuat 66,463 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Sebanyak 4,230 pasar raya, 5,883 restoran… Read More

Boleh balik kampung sambut Aidiladha, Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19. β€œPatuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita. Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Sementara itu, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban… Read More