Bomba Malaysia wujud saluran TV Digital, ‘Bomba Channel’

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mempunyai saluran TV Digital mereka sendiri iaitu ‘Bomba Channel” Saluran Bomba Channel ini akan menjadi satu platform dalam perkongsian segala berita terkini yang berlaku di dalam JBPM. Antara pengisian yang akan dapat ditonton di dalam saluran tersebut ialah berita terkini, info JBPM, perkongsian ilmiah, tips keselamatan, hal ehwal kebajikan, laporan insiden dan banyak lagi. Aplikasi Bomba Channel ini boleh di muat turun di PLAYSTORE dan APPSTORE apabila ianya dilancarkan secara rasmi nanti.

Bomba gagalkan cubaan bunuh diri

5 Januari, KUALA LUMPUR: Kecekapan dan ketangkasan anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki yang cuba terjun dari tingkat 16 kondominium di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 11.58 pagi tadi. Anggota bomba turut dibantu oleh polis telah berjaya menggagalkan cubaan bunuh diri lelaki yang berusia 26 tahun tersebut.

Bomba Tawau selamat RM108.2 juta harta benda tahun lepas

TAWAU, 4 Jan — Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM108.2 juta daripada 164 kebakaran yang berlaku di daerah itu sepanjang tahun lepas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Zulbada Alior berkata tindakan pantas anggota jabatan itu membolehkan nyawa serta banyak harta benda dapat diselamatkan dalam tempoh tersebut. “Walaupun kita berdepan dengan penularan wabak, adalah diingatkan supaya masyarakat tidak lalai sehingga mengundang kebakaran termasuklah (melakukan) penyambungan elektrik secara haram dan ketika memasak di dapur,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sementara itu, Zulbada percaya penguatkuasaan Perintah… Read More

Hajah Zuraida Kamaruddin rakam ucapan takziah keluarga kemalangan Feri Triso

2 Januari, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan beranak yang lemas dalam insiden melibatkan kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai di Jalan Beladin Triso, Sarawak semalam. “Saya mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini.” kata beliau melalui kenyataan rasmi hari ini. “Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib, bagi mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang serta mutu dan kualiti keselamatan akan dipertingkatkan.” Tegas Hajah Zuraida. “Marilah kita mendoakan… Read More