Raja wajib diberi nasihat jujur, benar untuk elak buat keputusan salah, kata JAIPk

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam khutbah Jumaat lalu berkata, pihak yang bertanggungjawab menasihati Raja-raja Melayu perlu bersikap jujur dan benar untuk memastikan mereka tidak membuat keputusan salah. Katanya, raja pemerintah wajib diberikan nasihat mengenai situasi sebenar kehidupan rakyat dan negara untuk memenuhi peranan mereka sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama. ÔÇťAmatlah penting untuk barisan yang bertanggungjawab dan diamanahkan menasihati raja pemerintah bersifat arif lagi berilmu, telus dan ikhlas, jujur dan benar supaya raja pemerintah tidak diulit mimpi palsu kerana diselindungi daripada fakta dan kenyataan hingga memungkinkan raja pemerintah… Read More